SAH Larangan Mengambil Gambar Dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

0
43
views

SAH Larangan Mengambil Gambar Dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kuala Lumpur, 29 November 2017. Lembaga Tabung Haji ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah mendapat surat makluman rasmi darpiada Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri berkaitan larangan bergambar di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

SAH Larangan Mengambil Gambar Dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

larangan bergambar di Masjidil Haram dan Masjid NabawiBerdasarkan kepada surat tersebut, penguatkuasaan larangan ini dikeluarkan bagi memastikan ketenteraman beribadat, mengelakkan sebarang tindakan yang mencetuskan gangguan serta demi memelihara kesucian dua masjid suci tersebut.

Jemaah Haji Malaysia disarankan mematuhi segala peraturan semasa di tanah suci dan terus menjaga nama baik negara berdasarkan kepada pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai negara yang mempunyai jemaah haji yang berdisplin dan mematuhi undang-undang.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji.


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here