Sakit Ketika Haid

4
445
views
Sakit Ketika Haid
SAKIT KETIKA HAID
Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.
Apakah Penyebabnya?
– Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
– Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
Gejala-Gejala Biasa
– Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
– Kelesuan
– Loya dan muntah
– Sakit kepala
– Keletihan dan pening
– Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.
Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)
Primer:
– Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.
Sekunder:
– Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).
Penjagaan sendiri
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



– Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
– Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
– Mandi dengan air suam.
– Urut di bahagian yang sakit.
– Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
– Teknik-teknik relaksasi
– Banyakkan berehat
– Atasi stres anda. Katakan ‘tidak’ kepada tekanan.
– Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
– Pengawalan pemakanan.
– Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
– Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .
Rawatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
– Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
– Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
– Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
– Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
– Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada. 
Sumber : PMR

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


4 COMMENTS

  1. thanks.. lyla asal period sja memang akan skit.. rsa macam nak pngsan.. kalau pngsan lgi bagus, tak rasa sangat..

  2. Nurlyla : heee… kalu tak ok check doktor.. :)

    yusuf : errr tamo tamo.. tengok muke kwan2 dah cukup..

Comments are closed.