salam ramadhan

salam ramadhan

telah setahun menanti akhirnya ramadhan datang lagi.. dengan ini saya dengan rendah dirinya ingin mengucapkan salam ramadhan al mubarak kepada semua kawan², blogger² dan pengunjung blog saya.. mudahan dengan apa yang ada di dalam blog ini mampu untuk membantu saudara sekalian.. dan diharap dengan kedatangan bulan ramadhan ini memberi 1001 rahmat dan nikmat kepada saudara dan saudari sekalian…




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Kewajiban Berpuasa dibulan Ramadhan
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari).

Ganjaran Puasa Ramadhan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih