Selangor Juara, 8 Lagi Kluster Baru

0
412
views

Selangor Juara, 8 Lagi Kluster Baru. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,084 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 78,393 kes (82.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

Selangor Juara, 8 Lagi Kluster Baru

kes covid19 selangor

Pada hari ini, 21 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu ketiga tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda di negara kita iaitu sebanyak 2,018 kes. Sehingga 21 Disember 2020, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 95,327 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 16,496 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,204 kes (59.7 peratus). Daripada jumlah ini sebanyak 1,115 kes (92.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 278 kes (13.8 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 247 kes (12.2 peratus).

Sebanyak 243 kes (12.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Gajah (234 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), dan Kluster Tembok (3 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 109 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu (1) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 438 kes (0.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 21 Disember 2020, terdapat sebanyak 451 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 250 kluster termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teja Kasih, Kluster Permatang, Kluster Kejora, Kluster Bayan, Kluster Numbak dan Kluster Danau. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 201 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (507 kes), Kluster Tembok Gajah (234 kes) dan Kluster Pekapuri (202 kes).


✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER  PEKAPURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 769 individu telah disaring, di mana 202 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  BATU BESAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 546 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TOWER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat dan Sepang di Selangor; daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Temerloh di Pahang. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 1,154 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PELANGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

  • KLUSTER WAWASAN

Kluster ini melibatkan melibatkan daerah Petaling di Selangor, daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88426) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DELIMA

Kluster ini melibatkan melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84410) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER J BANDAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87879) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MAY INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Dua (2) kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-78218 dan kes ke-78219) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here