Semak Arah Kiblat Rumah Anda – Fenomena Istiwa A’dzam

0
332
views

Semak Arah Kiblat Rumah Anda – Fenomena Istiwa A’dzam. Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Semak Arah Kiblat Rumah Anda – Fenomena Istiwa A’dzam

Fenomena istiwa a'dzam
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Pada 27 Mei 2020, Rabu bersamaan 4 Syawal 1441H – 5:16 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A’dzam.

Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim.

Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.
(tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).

kredit : Pejabat Mufti WPKL


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here