Semakan dan Permohonan Wang Tak Dituntut WTD. Sudahkah anda atau keluarga anda membuat semakan dan permohonan Wang Tak Dituntut WTD di mana-mana Pejabat Akauntan Negara Malaysia (JANM). Buat masa ini JANM sedang membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD).

Semakan dan Permohonan Wang Tak Dituntut WTD

wang tak dituntut WTD

Definisi Wang Tak Dituntut WTD. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:
1. gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
2. dividen;
3. keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
4. tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
5. draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
6. simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
7. cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
8. Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:
1. akaun simpanan;
2. akaun semasa;
3. Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
1. akaun pemiutang dagangan
2. akaun penghutang dagangan berbaki kredit




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)

Seksyen 13(1), Akta WTD 1965

• Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

• Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

• Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

• Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).

HANYA PENAMA je boleh check akaun sendiri.

Kalau nak check untuk ahli keluarga yang uzur, silalah bawa surat pengesahan kesihatan dari Klinik/Hospital dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan pesakit.

Kalau nak check untuk orang yang dah meninggal dunia, silalah bawa surat mati dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan si mati.

Di mana tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dikemukakan?

Sekiranya anda ingin membuat semakan anda boleh berbuat demikian di semua JANM Negeri di seluruh negara untuk semakan.

Semua permohonan bayaran balik atau sebarang pertanyaan berkaitan WTD boleh dikemukakan kepada Pendaftar WTD beralamat seperti berikut:

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel : 03-2056 8000
Faks: 03-2072 5707/ 03-2026 7430

LOKASI JANM NEGERI