Setiap Suami Perlu Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur

1
51
views

Setiap Suami Perlu Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur. Isteri dan anak merupakan anugerah bagi setiap suami. Isteri yang sihat dan ceria mampu membahagiakan rumahtangga setiap keluarga. Oleh itu anda perlulah sentiasa mengambil berat akan kesihatan dan kecerian isteri anda.

Setiap Suami Perlu Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur

Antara tanda-tanda isteri anda tidak cukup yang perlu anda perhatikan adalah :

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur

2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.

3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.

4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!

5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.

Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.

Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!

kredit : Taufiq Razif


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here