Bila Hati Berbicara

Bila Hati Berbicara

Sinopsis Bila Hati BerbicaraSlot drama akasia yang bakal menggantikan drama Maaf Jika Aku Tidak Sempurna. Drama Bila Hati Berbicara ini diadaptasi dari novel Antasya Balqis bakal tayangkan di tv3 pada 28 Oktober 2014 setiap hari isnin – khamis pukul 7mlm – 8mlm. Nantikan di kaca televisyen anda.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Sinopsis Bila Hati Berbicara – EMIR Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia.

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.

Sumber : Novel Bila Hati Berbicara

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih