Sinopsis dan Pelakon Seindah Takdir Cinta.  MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

seindah takdir cintaSinopsis dan Pelakon Seindah Takdir Cinta

Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

seindah takdir cinta

Tajuk : SEINDAH TAKDIR CINTA
Jumlah Episod : 28 episod
Tarikh Mula : 25 Mei 2016

Penulis : Kamsiah Abu
Slot : Akasia
Waktu : 6:58 ptg – 7:58 malam

Pelakon
Amyra Rosli – Mia Karmila
Saharul Ridzwan – Shahriman
Redza Rosli – Adrian

Sumber Sinopsis : bukuprima