Sinopsis Drama Korban Kasih RTM TV1

0
202
views

Sinopsis Drama Korban Kasih RTM TV1. Full Episod. Drama korban kasih yang dibintangi oleh pelakon hebat Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar dan ramai lagi telah menemui penonton bermula 1 ramadhan menerusi slot widuri di RTM 1 setiap hari pada jam 7 malam sebanyak 30 episod.v

Sinopsis Drama Korban Kasih RTM TV1

Syarul Ridzwan
Syarul Ridzwan

Drama ini diinspirasikan dari novel korban kasih 1 & 2 hasil karya Fatimah Saidin.

Sinopsis Korban Kasih 1. Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.”

Sinopsis Korban Kasih 2. “Kamu fikir mak sentiasa ada untuk memenuhi keperluan kamu di kala kamu susah? Kamu fikir sekiranya kamu minta apa sahaja, mak pasti akan tunaikan? Tidak, Jamil. Kamu sudah terlalu tua untuk semua itu. Di masa dan umur inilah sepatutnya kamu menghadapi realiti dan mengambil segala implikasi atas semua perbuatan kamu.”

Jalil, Jamil dan Fatimah kini sudah dewasa dan membina kehidupan masing-masing. Zaman kecil mereka sudah lama berlalu dan kini mereka perlu menghadapi dugaan dalam kehidupan yang berbeza, keluarga yang berbeza dan masalah yang lebih besar.

“Korban Kasih 2” memaparkan kisah dan dugaan yang lebih tragis dalam sebuah keluarga ini. Kisah ini Juga membuktikan bahawa ikatan kasih sayang yang kukuh boleh menjadi perisai ketika menghadapi sebarang masalah. Kisah ini adalah sambungan novel “Korban Kasih” yang memaparkan sebahagian lagi kisah keluarga ini. Selamat membaca.

kredit novel : goodreads.com

Tonton Full Episod Korban Kasih RTM TV1


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here