Sinopsis Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya

0
625
views

Full Episod Sinopsis Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya. Drama terbaru slot akasia tv3 Seadanya aku lakonan Azlee khairi, Zara Zya, Elvina mohamad, Redza rosli, fadlan hazim, dayana roza dan ramai lagi menghiasi slot akasia setiap isnin hingga jumaat jam 7 malam di TV3.

Sinopsis Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya

seadanya aku tv3

Sinopsis Drama Seadanya. “Habis tu emak nak saya buat macam mana lagi? Dulu pun bukan saya yang ajak Wina tu bertunang. Emak yang berkenan sangat dengan dia. Kalau ikutkan saya, langsung tak ada hati pada dia pun.”

“Oh, sekarang kamu nak salahkan emaklah? Kenapa dulu kamu tak beria-ia membantah waktu emak beritahu nak pergi meminang Wina tu? Mula-mula aje kamu kata tak mahu. Lepas tu kamu terus senyap. Diam kan tandanya setuju!”

“Saya malas nak bergaduh dengan emak masa tu. Dah emak beria-ia sangat sampai naik rimas saya dibuatnya. Nak jawab panggilan emak pun saya takut masa tu. Balik-balik nama Wina yang emak sebut. Saya pun tak tahulah apa yang emak berkenan sangat dengan dia tu?”

“Wina tu baik budaknya. Sopan-santun, hormatkan orang tua, baik hati.”

“Aufiya pun baik orangnya, emak…”

“Mak tak suka dia!”

zara zya bertudung
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Buntu Zarul dibuatnya dengan penerimaan Puan Kartina. Walaupun sudah dapat diagak, namun berpeluh juga dia mahu menghadapinya secara berdepan.

“Emak tak suka dia pun, dia dah jadi menantu emak. Isteri saya.”

“Tinggalkan perempuan tu, kahwin dengan Wina. Itupun kalau kamu masih anggap yang emak ni emak kamu.”

“Tidak! Dia dah jadi tanggungjawab saya. Saya bukan kahwin dengan dia untuk diceraikan. Emak, dia isteri saya sekarang. Tanggungjawab saya untuk menjaga dan melindungi dia. Tak mungkin saya akan ceraikan dia semata-mata untuk berkahwin dengan Wina. Saya sayangkan emak. Kasih saya pada emak tetap tidak akan berubah. Emak tetap emak saya walau siapa pun yang jadi isteri saya.”

“Zarul, kamu dah selamatkan maruah dia, kan? Cukuplah sampai setakat itu sahaja. Lepas ni pandai-pandailah dia nak hidup. Tak perlulah kamu beria-ia nak menjadi suami yang soleh. Kamu berkahwin pun bukan kerana kamu cintakan dia. Orang yang kamu cinta adalah Wina!”

“Emak… Dia tu isteri saya, emak. Saya berkahwin dengan dia ikhlas. Saya sayangkan dia. Dah lama saya sayangkan dia. Sejak lama dulu, bukannya baru sekarang. Tapi saya terpaksa pendam sebab dia milik Taufik.”

Azlee Khairi

Puan Kartina memicit dahi. Pengakuan demi pengakuan yang dibuat Zarul semakin membuatkan hatinya panas. Huh! Dasar hati lelaki. Mudah benar berubah hati, kutuk Puan Kartina.
Langsung tidak peduli kalau yang dikutuknya itu anak sendiri.

“Emak tak peduli sama ada kamu ikhlas atau tidak. Perkahwinan kamu jangan sampai Wina dan keluarganya tahu. Emak tetap mahu menantu emak itu orangnya Wina, bukan perempuan lain yang mak langsung tak kenal, langsung tak pernah jumpa.”

Anda boleh tonton online drama Seadanya Aku

Tonton Full Episod Seadanya Aku

Lagu OST Seadanya Aku – Ippo Hafiz

Lihat juga Sinopsis Drama Titian Takdir


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here