Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Nabila Razali dan Aeril Zafrel

0
684
views

Full Episod Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Nabila Razali dan Aeril Zafrel. Seindah Tujuh Warna Pelangi merupakan adaptasi daripada novel karya Eman Sufi yang mula ditayangkan pada 24 Februari 2020 yang menggandingkan pelakon Aeril Zafril bersama Nabila Razali sebagai watak utama.

Full Episod Sinopsis Drama Seindah 7 Warna Pelangi Nabila Razali dan Aeril Zafrel

Drama Seindah 7 Warna Pelangi Nabila Razali dan Aeril Zafrel

Drama Seindah 7 Warna Pelangi akan ditayangkan setiap isnin sehingga jumaat jam 7 malam menggantikan drama Seadanya Aku dan akan bersiaran sebanyak 28 Episod. Turut menampilkan Hun Haqeem sebagai Arjuna, Aidil Aziz sebagai Yazid, Elly Mazlein sebagai Mariam, Wanna Ali sebagai Zara dan Wanns Ahmad sebagai Iskandar.

Sinopsis Seindah 7 Warna Pelangi mengisahkan perkahwinan antara sepupu, Andika Iman lakonan Aeril Zafril dan Aira Tihani oleh Nabila Razali yang berdasarkan matlamat yang berlainan. Andika menggunakan perkahwinan untuk mendapat harta bahagian Aira yang diwarisi daripada datuk mereka sedangkan Aira menerima perkahwinan atas dasar cinta.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



seindah 7 warna pelangi

Perkahwinan mereka tidak kekal lama. Aira merajuk membawa diri, meninggalkan keluarga dan anaknya Sofia.  Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan lakonan Raja Afiq. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan mengubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman.

Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan.  Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk. Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira. Sehingga satu tragedi berlaku kepada Aira yang mengakibatkan dia mengalami hilang ingatan. Andika menggunakan peluang itu untuk mendapatkan Aira semula.

Persoalannya, mampukah Aira menerima semula kehadiran Andika dalam hidupnya? Segalanya bakal terjawab dalam Seindah 7 Warna Pelangi.

Full Episod Seindah 7 Warna Pelangi

Tonton Live Seindah 7 Warna Pelangi


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here