Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Idris Khan dan Raysha Rizrose

1
668
views

Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Idris Khan dan Raysha Rizrose. Full Episod Nantikan drama adaptasi novel sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin lakonan Idris Khan, Raysha Rizrose, Azrel Ismail & ramai lagi. Hasil karya UmiSyidah yang akan ditayangkan mulai 10 Julai 2017, Setiap Isnin hingga Khamis 6.58 pm di Slot Akasia TV3.

Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Idris Khan dan Raysha Rizrose

Pinggan Tak Retak Nasi Tak DinginSinopsis : Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraianya dua tahun lalu.

Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara.

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

Sebuah drama adaptasi novel bertajuk Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah terbitan Karya Seni.

Barisan Pelakon
—————————————–
Raysha Rizrose sebagai Yuhanis
Idris Khan sebagai Saiful Mizan
Azrel Ismail sebagai Sharul Nizam
Aprena Manrose
Zera Hariz


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here