Sinopsis Rindu Awak 200%

3
873
views
rindu awak 200
rindu awak 200

Sinopsis Rindu Awak 200% – Jom dapatkan novel adaptasi terbaru, Rindu Awak 200% sebuah karya novelis dan blogger Liyana Zahim yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3 tidak lama lagi. Bakal menemui penonton di kaca TV3 14 Julai ini… jangan lupa saksikan drama ini setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 – 8.00 malam.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Sinopsis Rindu Awak 200% – Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Antara para pelakon yang terlibat adalah Zull Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Afzan Rahman dan Karl Shafek.

Produksi : Creative Skill Solutions
Penerbit : Suriyati Sidek
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Penulis Skrip : Nieza Nahar

Sinopsis Rindu Awak 200%


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

3 COMMENTS

  1. Teringat masa citer nie kuar. Mak sedara tak mo miss satu episod pun. Marathon semua episod online ahahah.

    Apa yang best pun tak tau. Zul Ariffin hensem kot? wekekeke

Comments are closed.