Sinopsis Shhh I Love You

0
418
views

Sinopsis Shhh I Love You. Nantikan drama adaptasi novel Sinopsis Shhh I Love You hasi karya Farisya Natasha AKAN DATANG di Slot Akasia TV3. Lakonan Pelakon Gambit Saifullah, Elvina Mohamad & ramai lagi.

Sinopsis Shhh I Love You

shhh i love you“I perempuan yang banyak kekurangan. I penghidap sakit jantung. I juga pernah menjalani pemindahan jantung. Jantung yang ada ni, bukan milik I. Hidup pun sentiasa bergantung pada ubat. Dulu memang I tak fikirkan tentang cinta. I tak mahu susahkan sesiapa. Tak nak susahkan suami untuk jaga I bila I sakit. Bila I hanya mampu terlantar di atas katil.” Bibir bergetar menahan rasa sebak.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



“Kau bayangkan dia bila bersama dengan aku.” “No, Nadia. That’s not true. Saya betul-betul ikhlas bila bersama dengan awak. Saya pejam mata atau tidak, saya cuma nampak awak.” Nadia ketawa mengejek.

“Dah la, Aidan. Cukup la. Aku dah tak percayakan kau lagi. Aku nak kau keluar sekarang. Aku tak nak tengok muka kau kat depan mata aku lagi. Kalau kau rasa aku dah kurang ajar dengan kau, lepaskan aku.”

“It’s not going to happen.” Walaupun terkejut dengan permintaan Nadia itu, Aidan tetap juga dengan keputusannya.

“Oh, lupa… Jantung tunang kau ada dalam badan aku ni, kan? Memang susah kau nak lepaskan aku kecuali kalau aku dah mati nanti.”

“Nadia!” marah Aidan. Dia tahu fikiran Nadia tak menentu ketika ini tetapi janganlah sampai membabitkan mati. Dia tidak suka!

“What? Don’t worry, tak lama lagi habis la riwayat jantung ni. Dah 11 tahun jantung Sumayyah ni kat dalam badan aku.”

“Kalau cinta tu boleh ditafsirkan hanya dengan kata-kata, saya akan luahkan, Nadia. Tapi bagi saya, hanya dengan kata-kata tak mencukupi untuk memberitahu pada awak seluas mana cinta saya pada awak. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya lebih rela kalau Allah tarik nyawa saya untuk pergi dulu sebelum awak.”

Arahan : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Penerbit : Primeworks Studios
Novel : Shhh I Love You – Farisya Natasha
Penerbit Novel : Penulisan2u / Karyaseni
Pelakon : Elvina Mohamad, Gambit Saifullah, Tash Yong, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.
Slot : Akasia Tv3


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here