Sinopsis Suami Sebelah Rumah

Sinopsis Suami Sebelah Rumah

Sinopsis Drama Suami Sebelah RumahDrama Suami Sebelah Rumah akan bersiaran di Slot Iris setiap Isnin Sehingga Khamis pada pukul 6.30 petang di TV3. Watak utama dalam Suami Sebelah Rumah adalah Pelakon Izzue Islam dan Ayda Jebat.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah – Mengisahkan Eryna mengahwini suaminya yang tinggal di sebelah rumah. Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?

Segalanya bermula apabila Azlan yang sepatutnya menjadi suami Eryna, telah membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir setlah egala persiapan telah dibuat.

Amar nekad untuk mencuri hati Eryna sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Kononnya mudah untuk dia mengurat Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Amar memang pandai menganbil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis yang dah terpikat sepenuhnya terhadap Amar, Eryna perlu buat keputusan. Kedatangan ibubapa masing-masing menimbulkan lagi huru-hara. Dalam kemelut, Azlan datang menganggu Eryna dan Amar hingga membuat onar menyatakan mereka melakukan maksiat. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani di hospital yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar tu dia yang punya.

Tonton Online Drama Suami Sebelah Rumah Full Episod

Antara yang MENARIK...