AbgferOz

Solidariti bermaksud Perpaduan .  hari kelepasan kerja ku so masa inilah peluang aku untuk beraya di rumah rakan-rakan dan sedara mara yang berada di kuala lumpur.. dalam kul 12 bertolak ke gombak untuk beraya di rumah sedara.. lepas zohur plan untuk ke dataran merdeka bagi bersama-sama rakan yang lain berhimpun menyatakan sokongan kami rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestine.

dalam kul 2 ptg lalu di dataran merdeka tapi masih kosong lagi.. anggaran dalam 20-30 orang sahaja.. then balik rumah dulu tukar pakaian siap pergi balik ke dataran merdeka dalam kul 3 dah ramai memenuhi dataran merdeka dengan sepanduk, bendera besar, pakaian dan macam-macam lagi ada.. aku ? hanya berbekalkan bendera yang diperolehi ketika program kutipan derma amal palestine suatu ketika dulu.. sempat gak shopping satu untuk lengkapkan diri support Palestine.. naaa tengok gmbar diatas dah macam pahlawan gitu..




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Solidariti Palestine

Solidariti Palestine

 walaupun bendera lagi besar dari adik ni tapi semangat dia berdiri di tengah panas sangat mengagumkan.. ramai yang turut mengambil gambar dan bergambar dengan adik ini..

Free Palestine

Free Palestine

antara yang menyentap bagi mereka-mereka yang tidak peduli apa yang berlaku di palestine..

ada yang kata perhimpunan ini dihadiri lebih 10,000 ada yang kata lebih 50,000 tapi bagi aku cukup ramai yang hadir kerana mereka sanggup berkorban cuti dan raya hari minggu mereka untuk berdiri ditengah panas bagi menyatakan sokongan mereka terhadap rakyat Palestine..

ketahuilah bahawa DOA itu adalah senjata umat ISLAM. dan segala yang berlaku ada yang tersirat dan tersurat.. apa yang boleh kita buat adalah berdoa, bersatu, boikot, menderma, dan mendesak semua pihak sehingga rakyat Palestine berjaya menubuhkan negara Palestine yang merdeka dan Berdaulat.