sotong dan udang goreng tepung

sotong dan udang goreng tepung

Sotong dan Udang Goreng Tepung – orang yang ingin diet mungkin tidak suka untuk membaca atau melihat gambar udang dan sotong goreng tepung ini tapi bagi mereka yang suka makan ini adalah KEGEMARAN KAMI.

sebenarnya dah lama mengidam nak makan sotong dan udang goreng tepung asal hujung minggu je mesti mengidam benda yang sama.. dan minggu lepas merupakan hari bersejarah bila adik, emak dan akak ipar bersetuju untuk masak makanan kegemaran saya, ayah dan abang.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

minggu lepas merupakan hari cuti satu family so memang dah pelan nak makan besar takmoh keluar rumah just nak duduk makan sampai BOLAT. Itu yang kami plan untuk minggu lepas hahaha.. pelikkan ? tapi bila satu keluarga suka melawak so duduk rumah tuh tak boring.. ada sahaja cerita untuk bercerita.

ahad lepas dah janji dengan kawan untuk mendaki sambil naik canopy walk FRIM, kepong so pagi tuh memang keluar tak makan walaupun tahu nak mendaki tapi tahan simpan perut mendaki dengan perut kosong kerana dah tau sotong dan udang goreng tepung menanti dirumah.

dalam tengahari lepas habis canopy walk dah sms emak dah siap masak ka ? dah lapar gilerrr ni.. rupanya mereka baru habis beli barang untuk memasak.. dalam setengah jam sampai rumah baring dulu, solat, rehat, main komputer pun tak siap lagi.. dalam 4 jam juga masa diambil mereka untuk memasak.. perghhh kesian pulak tengok.. 3 orang masak pun lama begini..

nampak memang sedap sotong dan udang goreng tepung ni.. tapi bila tengok masa yang lama untuk mereka masak kesian la pulak.. lepas ini sekiranya mengidam bawa jelah makan di restoran atau kedai mana-mana… hehehe..

lepas asar baru dapat makan.. tapi memang puas hati.. semua pakat makan nasi bertambah-tambah.. lagi² bila sotong satu mangkuk dan udang satu mangkuk.. pakat meratah la tak habis makan.. hik hik hik..

Antara yang MENARIK...