SSP untuk penjawat awam

0
323
views
tabung
tabung

 Sijil Simpanan Premium (SSP) untuk Penjawat Awam

Bank Simpanan Nasional (BSN) menganjurkan Kempen Edisi Khas Ekslusif Untuk Kakitangan Kerajaan (3K) bagi Sijil Simpanan Premium (SSP) bertujuan menggalakkan tabungan di kalangan kakitangan sektor awam.

Naib Presiden Kanan Jabatan Perbankan Islam BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya berkata, kempen yang bermula pada 1 Julai lalu dan berlangsung sehingga 30 September ini memberikan peluang yang lebih besar kepada kakitangan sektor awam untuk memenangi cabutan SSP yang ditawarkan BSN setiap tahun.
Katanya, kakitangan sektor awam yang mahu menyertai kempen berkenaan perlu membuat simpanan dalam SSP Edisi Khas (SSP-SE) dalam gandaan RM1,000.

Tempoh 12 bulan

Nilai simpanan minimum SSP-SE yang diperlukan untuk menyertai kempen ini adalah minimum RM1,000 ke atas untuk tempoh enam bulan dan minimum RM3,000 ke atas untuk tempoh 12 bulan.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Dengan menyertai kempen berkenaan, mereka layak mendapat dividen indikatif sebanyak 2.00 peratus untuk enam bulan dan 2.42 peratus untuk 12 bulan.

Mereka juga layak menyertai Cabutan Bulanan, Cabutan Tempatan dalam Cabutan Istimewa khas yang berlangsung pada Disember ini dengan hadiah bernilai RM1 juta dalam bentuk SSP, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadiah dikecuali cukai

Tambahnya, antara manfaat lain yang diperoleh menerusi kempen 3K itu adalah simpanan SSP yang dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah yang diterima mendapat pengecualian cukai pendapatan.

Simpanan pula boleh dilakukan secara tunai, debit akaun BSN, kad kredit BSN, cek dan kaedah lain yang diguna pakai di cawangan BSN, katanya.

Sehingga kini, BSN telah mencatatkan jualan SSP bernilai lebih RM2.2 bilion menerusi 1.8 juta penyimpan sejak mula dilancarkan kira-kira 38 tahun lalu.

Sasar jualan RM2.5 bilion

Sofi berkata, pihaknya menyasar untuk mencatat jualan bernilai RM2.5 bilion menjelang akhir tahun ini berikutan maklum balas yang amat baik yang diterima daripada pelanggan.

Tahun ini, kami menawarkan 26 kali cabutan dengan nilai hadiah berjumlah RM16 juta termasuklah kereta jenis BMW 320i, Toyota Camry, Proton Inspira, Perodua Viva dan terbaru, Proton Preve, katanya.

Sumber : Bharian


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih