
Suami “GILA” Main Game
Soalan
Salam, saya baru 2 bulan berkahwin tinggal bersama ibu mertua, suami anak bongsu dan seorang kaki game PS3 TEGAR. tidak membantu dalam hal menguruskan rumah, Quality time untuk saya dan suami memang sangat limited. Kadangkala suami akan bermain tanpa menghiraukan org di rumah yang sedang tidur dengan menjerit, menghempaskan meja atau mencampakkan barang dengan kuat dan pernah beberapa kali mengamuk bagai org gila kerana barang gamenya diusik anak buah. Saya sangat terasa hati dan tertekan.
Jawapan
Wassalam, dalam isu ini anda dicadangkan supaya merujuknya kepada pegawai kaunselor yang berada di Unit Runding Cara Keluarga yang terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan rumah ibu mertua anda.
Mintalah nasihat dan cadangan daripada mereka bagaimana hendak hadapi dan atasi masalah ketagihan bermain video game ini.
Dalam pada itu, anda dinasihatkan supaya tingkatkan kesabaran dan perbanyakan berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya dirinya berubah dan sedar yang kini dia adalah seorang suami. Bersabarlah. Wallahu ‘alam.
sumber : biarlahrahsia.
kalau dah kawen tu kenalaa kurang2kan sikit main game tu, utamakan anak isteri bwu rumah tangga bahagia kan..hhuhu…hope xdapat suami yg gila game..
gila game takpe agi jgan gila prempuan hahahaha tuh lagi bhaye :) hihihih
Sebenarnye kalau boleh… jangan gile pape langsung kan? :)
gile kan isteri ok kot hik hik :)
ni dah ketagih tahap kronik da ni..baru usik sikit dah mengmuk,klu hilang?mau dibakarnya terus 1 rumah….sadis :)
maybe baru beli kot.. :)
Comments are closed.