Suhu Panas Mampu Merosakkan Ubat

5
452
views
Ubat
APABILA pulang dari klinik atau farmasi, pasti pada bungkusan ubat
 yang dibeli itu tertera aturan penyimpanan iaitu perlu disimpan
di tempat yang kering dan sejuk.
Peringatan tersebut mempunyai sebab. Ini kerana ubat-ubatan mudah rosak
jika dibiar terdedah kepada suhu yang terlalu panas.
Dalam satu kajian oleh sekumpulan pakar dari Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan,
Universiti Butler, Indiana, Amerika Syarikat, mendapati suhu udara
melebihi 30 darjah Celcius boleh merosakkan bahan aktif di dalam ubat,
Ahli farmasi yang turut serta dalam kajian ini, Dr. Amy Peak, memberitahu,
beberapa ubat-ubatan yang tidak tahan pada udara panas ialah insulin,
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



 hormon tiroid, ubat berkaitan dengan aerosol dan inhaler.
Walaupun ada pengeluar ubat yang mendakwa produk mereka boleh bertahan
dalam suhu lebih 30 darjah Celcius, tetapi seeloknya ia disimpan di dalam kotak
yang jauh daripada suhu panas.
Apabila anda membawa ubat-ubatan ketika bercuti atau mengembara,
 simpanlah ubat di dalam kabin, bukannya di ruang penyimpanan kargo.
 Jangan sekali-kali meninggalkan ubat di dalam kereta yang diparkir di kawasan lapang
 kerana kepanasan dalam kereta boleh mencecah sehingga 71 darjah Celcius.
KosmO
p/s.. kita selalu simpan ubat-ubatan kita dalam kenderaan terutama
mereka-mereka yang mempunyai masalah kesihatan…

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


5 COMMENTS

  1. mas tahu tapi selalu letak kat luar gak.nasib baik mak selalu masukkan.pernah masa tuh demam panas,mas xlarat,mas duk dalam kete.1 jam lebih, makin teruk.nak makan ubat,teruk rosak.terus g hospital.

Comments are closed.