diskaun

diskaun

Tak Salah Minta Diskaun Dengan Rakan Berniaga. Pasti ramai diantara rakan-rakan kita yang berniaga terutamanya yang berniaga online tak lupa juga ada diantara kita yang turun berniaga. Jadi salahkah sekiranya rakan kita meminta diskaun daripada rakan atau kita yang berniaga ?

saya ada terbaca di beberapa blog dan fanpage yang mengatakan dengan meminta diskaun dari rakan yang berniaga bukan sahaja tidak membantu mereka malah boleh menjatuhkan mereka menyebabkan mereka mengalami kerugian. Bagi aku tanggapan ini salah sama sekali. Meminta diskaun dan meminta percuma itu berbeza sama sekali.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Diskaun yang dimaksudkan bukannya percuma sebaliknya hanya perlu kurangkan jumlah keuntungan yang anda perolehi contohnya selalunya anda untung RM 6 untuk satu produk bila kawan mintak diskaun anda kurangkan jumlah keuntungan anda dari RM 6 kepada RM 4 barangkali. Anda masih untung tapi tidaklah terlalu banyak disebabkan mereka kawan anda.

Dengan pengurangan harga tersebut anda bukan sahaja membantu rakan anda sebaliknya anda turut membantu diri anda apabila rakan anda menjadi pembeli tetap produk atau penjualan anda. Dengan adanya pembeli tetap hasil jualan anda akan meningkat lebih dari jumlah yang anda diskaun tadi. Bayangkan anda ada 10 orang rakan dan hasil dari diskaun tadi anda sudah mempunyai 5 atau 6 pembeli tetap tidakkah anda sudah mendapatkan keuntungan tanpa promosi.

Bukan itu sahaja rakan-rakan yang membeli murah sedikit sebanyak akan menceritakan kepada rakan mereka betapa baiknya dan murahnya produk anda maka dengan itu pembeli anda akan bertambah.  Dengan ini kadar keuntungan anda untuk jangka masa panjang telah bertambah tanpa perlu bersusah payah.

tapi perlu diingatkan sekiranya anda berniaga jangan kurangkan harga produk sehingga tidak menguntungkan anda atau mengalami kerugian kerana tak semua rakan kita baik dan semestinya ada yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan kita.