Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Taman Botani Negara Shah Alam – Akhirnya selepas 3 kali ke taman botani negara shah alam aku berpeluang juga merasa musim salji di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang berada di dalam Taman Botani Negara Shah Alam bersama-sama semua ahli keluarga ku.

kali pertama datang pada musim luruh makanya kitaorang tak jadi masuk sebab musim luruh banyak kat Malaysia. Pada kali kedua datang pula kitaorang terpaksa mengharungi musim hujan sebab salji tak siap lagi dan kali ini kali ketiga dan akhirnya berpeluang untuk merasa musim salji di taman botani negara shah alam walaupun sedikit tapi rasanya la salji yang ada..




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

salji

salji

walaupun tidak dapat merasa untuk bermain salji tapi dapat melihat dan merasa kesejukkan berada di tempat salji pun dah cukup rasanya.. nak pergi ke luar negara makan cos la pulak ini dengan harga RM 8 untuk dewasa dah berpeluang rasa sejuk macam duk dalam salji betul pun dah ok.. lagi lagi bila pergi bersama keluarga.. Masa inilah nak habiskan masa bersama keluarga setelah penat bekerja sepanjang minggu inilah masanya untuk berisirehat dan beriadah bersama keluarga

Waktu operasi bagi taman adalah seperti berikut :

8.30 pagi hingga 5 petang (Selasa – Ahad)
* Taman akan ditutup pada hari Isinin kecuali cuti sekolah atau kelepasan awam

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Kaunter Bayaran : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Bas : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Rumah Iklim Empat Musim
Musim Sejuk : Disember – Februari
Musim Bunga : Mac – Mei
Musim Panas : Jun – Ogos
Musim Luruh : September – November

Lokasi : Taman Botani Negara Shah Alam
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam

website : http://tbnsa.gov.my/

Antara yang MENARIK...