Tambahan Vaksin Influenza Bermula 18 Januari

0
168
views

Tambahan Vaksin Influenza Bermula 18 Januari. Petaling Jaya, 18 Januari 2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa klinik-klinik swasta supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga vaksin sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan secara berlebih-lebihan.

Tambahan Vaksin Influenza Bermula 18 Januari

suntikan vaksin influenza

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata “jangan ada pihak yang ambil kesempatan kerana KKM tidak mengawal harga dan saya beri peringatan supaya harga vaksin yang dijual tidak melebihi harga yang sepatutnya iaitu di bawah RM 100.”


Jelasnya, harga vaksin yang disyorkan adalah di antara RM50 dan tidak lebih dari RM100 iaitu masih pada kadar harga yang munasabah. Buat masa ini, KKM masih belum menerima sebarang aduan berkaitan dengan harga yang dijual melebihi harga yang disyorkan oleh kementeriannya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kesihatan 2020 anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini hari ini.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden MMA Dr. N. Baskaran dan YB Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Menurutnya lagi, “sebanyak 16.8 ribu dos yang ada di Malaysia, 15 ribu dos akan sampai pada 20 Januari 2020 manakala 67 ribu lagi akan sampai pada 27 Januari 2020 dengan menjadikan sejumlah 100 ribu dos,” Tambahnya lagi, beliau berharap isu influenza akan reda dan KKM akan memantau dengan lebih dekat bagi dalam tempoh dua hingga tiga minggu dari sekarang.


Ditanya mengenai peningkatan bilangan pesakit influenza di Selangor beliau menjelaskan CPRC (Crisis Prepadness and Response Centre) akan terus memantau dan bilangan pesakit akan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan kerjasama dengan klinik-klinik swasta.

Kredit : FP KKM Malaysia

Anda boleh lihat Antara Gejala Jangkitan Influenza A untuk memantau kesihatan anak anda dirumah.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here