Tanda Malam Lailatul Qadar

8
714
views

Tanda Malam Lailatul Qadar. “Selepas sahur nanti, kita sama-sama pergi solat Subuh berjemaah di masjid,” kata abah. Aku diam sambil menjeling kepada mak. Mak mengangguk kepala tanda inginkan aku mengikut ayah ke surau. Nampaknya niat aku untuk tarik selimut selepas sahur pagi ini terpaksalah dibatalkan.

salam ramadhan
salam ramadhan

Aku memboceng motorsikal ayah, tanpa helmet. Dalam suasana sejuk pagi itu, aku memeluk pinggang abah erat-erat.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Tiba di masjid, aku melihat satu keajaiban yang tak pernah aku lihat sebelum ini.
“Abah …,” bisik aku perlahan.
Abah tidak mendengar.
Hatiku semakin berdebar. Berkali-kali aku perhatikan. Memang betul, kubah tidak lagi berada di atas masjid. Kubah berada di atas tanah!
“Abah!” sekali lagi aku memanggil abah. Bulu romaku semakin tegak.
“Kenapa?” tanya abah.
Lailatul qadar …” bisik aku ke telinga abah, sambil menuding jari ke arah kubah yang menyembah bumi.

Abah cepat-cepat membalas dengan nada yang tinggi, “Kepala otak kamu!”
“Tapi kubah tu, abah …” aku terus berbisik kepada abah.
“Itu tandanya kamu dah lama tak datang masjid. Masjid ni sedang renovation. Sebab itu kubah tu diletakkan di atas tanah.
Abah menambah, “Datang masjid setahun sekali, ada hati nak bertemu malam lailatul qadar!”

p/s… kesimpulannya : rajin² kanlah diri anda ke masjid/surau berdekatan rumah..


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


8 COMMENTS

  1. adoi…den terkeno… hehehe..

    amboi bapak, bahasanya…kepala otak terus ha…kikiki…

    di doakan saudara di pertemukan dgn mlm lailatulqadar..insyaAllah..aamiin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here