Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Kemaskini dan Syarat Kelayakan

0
208
views

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Kemaskini dan Syarat Kelayakan. Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama yang dijangka memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah akan mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama BR1M.

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 Kemaskini dan Syarat Kelayakan

Proses kemaskini data akan dilaksanakan bagi pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 fasa kedua dan ketiga bagi penambahbaikan BSH dan kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam jangka masa terdekat bagi mengeluarkan nama penerima yang tidak layak dan bukan daripada golongan B40.

Talian bebas tol BSH akan ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSHR) mulai 27 Disember 2018.

Pembayaran Fasa pertama akan memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melalui pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM 1.2 Billion. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

• Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
• Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
• Warga emas sebatang kara

Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

• Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
• Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
• Bujang yang mempunyai tanggungan

Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan BSH 2019.

Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

PERHATIAN : UNTUK KEMASKINI Bantuan Sara Hidup 2019 anda boleh layari laman sesawang Bantuan Sara Hidup Rakyat

Untuk Maklumat Lanjut dan Pendaftaran BARU Bantuan Sara Hidup 2019 anda boleh layari laman sesawang BSH di Laman BSH.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here