Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Penjawat Awam 2018

2
18996
views

Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Penjawat Awam 2018. Akhirnya pekeliling Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Penjawat Awam 2017-2018 BONUS telah dikeluarkan. Kerajaan telah memutuskan supaya Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Tarikh Pembayaran Bayaran Khas Penjawat Awam 2018

bayaran khas 2018 penjawat awamBayaran Khas Penjawat Awam 2018 diberikan di atas keperihatinan Kerajaan menghargai kesetiaan penjawat awam dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

Kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM500.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.

Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 90 hari berturut-turut pada tahun 2017.

Tempoh 90 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am sepanjang tahun 2017.

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia dalam
tahun 2017 layak diberi Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 dengan syarat pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 90 hari
berturut-turut.

UPDATED : Dibawah kerajaan baru Pakatan Penjawat awam Gred 41 kebawah akan menerima RM400 manakala pesara kerajaan akan menerima RM200

Bayaran Khas Tahun 2017 ini akan dibayar pada 8 Januari 2018
Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 ini akan dibayar pada (Selasa) 5 Jun 2018.
.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here