Tarikh Pembayaran BR1M 2018 / 2019

0
10358
views

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 / 2019. Berikut merupakan tarikh pembayaran BR1M 2018 / 2019 bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang telah diumumkan dalam laman sesawang e-BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Pastikan anda telah mengemaskini permohonan anda terlebih dahulu bagi mengelakkan terlepas dari pembayaran BR1M.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 / 2019

pembayaran br1m 2018

Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Pengemaskinian boleh dibuat melalui laman sesawang e-BR1M.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018
RM 1,200
– Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah
  26 Februari 2018 (Isnin) – RM 400
JUN – RM 400
OGOS – RM 400

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



RM 900
– Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,001 – RM 4000
  26 Februari 2018 (Isnin) – RM 300
JUN – RM 300
OGOS – RM 300

RM 450
– Individu berpendapatan bulanan RM 2,000 dan ke bawah
  26 Februari 2018 (Isnin) – RM 450

SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2018
1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.
2. Waris perlu membawa dokumen berikut:

– Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
– Kad Pengenalan Asal Waris
– Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Semakan kemaskini dan persoalan lebih lanjut boleh layari laman sesawang e-BR1M


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here