Teks Ucapan MC Majlis Penutup. Percuma untuk anda Teks Ucapan Mc / Pengacara Majlis Penutup terutamanya bagi mereka yang dipilih secara bidang terjun waktu-waktu akhir. Anda hanya perlu edit sedikit sahaja dan potong yang tidak diperlukan kerana teks ucapan ini untuk majlis rasmi penuh.

Teks Ucapan MC Majlis Penutup

(L)
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Pn. Latiffah rosnah Diiringi tetamu kehormat.

Assalamua’alaikum wbt.

Selamat petang,Salam ukhwah, salam kemesraan dan salam 1 malaysia

Saya shukery aryani dan atieqah selaku pengacara majlis pada malam ini mengucapkan selamat datang ke Majlis penutup kursus perkhidmatan kaunter yang berkualiti pada malam ini.

(P)
Buluh diasah jalinan disemat,
Gubahan diolah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sidang hadirin yg dihormati, bg memberkati majlis dengan segalam takzimnya menjemput  En. Mohd johari utk bacaan doa. Dengan ini majlis mempersilakan.

Amin3x Ya Rab al-Amin. Dengan bacaan doa sebentar tadi, semoga majlis kita dirahmati Allah SWT.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara … Di atas kesudian melafazkan bacaan doa sebentar tadi.

(L)
Alhamdulillah

Hadirin n hadirat sekalian, sebagaimana yang kita sedia maklum kursus ini melibatkan seramai 81 orang kakitangan Hospital …. yang berkumpul dari  pelbagai jabatan dari gred 11 hingga gred 40. Setelah 4 hari kita berkampung disini … Kini, tibalah waktu Majlis kemuncak bagi penutupan kursus perkhidmatan kaunter yang berkualiti

Para hadirin yang dihormati,

Majlis menjemput En.Feroz selaku penghulu kursus untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

(P)
Majlis mengucapkan terima kasih diatas ucapan en.feroz sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Yg. berusaha Puan Latiffah Rosnah selaku penyelaras kursus Untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan malam penutup kursus perkhidmatan kaunter yang berkualiti. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Latiffah Rosnah Atas ucapan perasmian beliau sebentar tadi. Semoga ucapan beliau sebentar tadi dapat kita manfaatkan…Majlis meminta Tuan penghulu bersama puan penghuluwati untuk mengiringi Yg.berusaha Puan Latiffah Rosnah untuk menyampaikan sijil kepada wakil kumpulan. Majlis mempersilakan..

Wakil kumpulan 1
Wakil kumpulan 2
Wakil kumpulan 3
Wakil kumpulan 4
Wakil kumpulan 5
Wakil kumpulan 6

(L)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Latiffah Rosnah diatas penyampaian sijil sebentar tadi..majlis memohon untuk kekal dipentas. Seterusnya dijemput tuan penghulu untuk menyampaikan cendarahati kepada Pn. Latiffah Rosnah selaku penyelaras kursus pada kali ini. Seterusnya majlis menjemput En. Muhamad Yasin mewakili pihak urusetia untuk menerima cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada Pn . Latiffah rosnah serta pihak urusetia yang telah menjayakan kursus pada kali ini.

Bagi memeriahkan majlis pada malam, majlis akan menayangkan montaj sepanjang perjalanan kursus ini diadakan.

(P)
Demikian sedikit tayangan montaj yang telah disediakan. Tibalah masa yang dinantikan.. Majlis memohon Yg. Berusaha Pn. Latiffah rosnah untuk membuat 20 cabutan bagi majlis pertukaran hadiah.

Seterusnya diminta tuan penghulu untuk mencabut 20 nombor..
Penghuluwati 20…
Wakil urusetia En. Muhd Yasin 20..

Dengan ini berakhirlah majlis kita pada malam ini.Pertemuan yang singkat amat bermakna bagi kita semua. Majlis berharap agar semua hadirin selamat menjalan tugas dan selamat pulang ke destinasi yang dituju. Sekian terima kasih dan selamat malam..