Sarapan Pagi Tose Lipas. GOMBAK – Sebuah keluarga terbantut selera makan apabila tose dipesan mengandungi ‘rencah’ lipas di dalamnya. Dalam kejadian awal pagi semalam, pengadu yang mahu dikenali sebagai Shah, 43, bersama isteri dan anaknya ke sebuah restoran mamak terletak di Sri Gombak untuk menikmati sarapan pagi.

TERKEJUT Sarapan Pagi Tose Lipas

tose-lipas

kredit : SinarHarian

Menurutnya, isterinya memesan mi goreng sementara anaknya pula memesan tose. “Dah separuh makan baru nampak lipas dalam tose tersebut. Bila tunjuk kepada pekerja mereka hanya minta maaf dan makanan tersebut tak dikenakan bayaran. baca selanjutnya di : SinarHarian




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Antara sebab mengapa saya kurang gemar untuk makan diluar kecuali bila tiada makanan dirumah ataupun malas untuk masak. Selain rasa yang sedap kedai yang bersih juga turut menjadi salah satu syarat utama yang perlu kita titikberatkan kerana makanan yang bersih menjamin hidup yang sihat. Tak PERCAYA ? Lihat artikel sebelum ini DERITA TOMYAM CAMPUR yang terkena pada diri sendiri pertengahan tahun ini.

Kebanyakan daripada kita hanya mementingkan rasa dan harga tapi bagi saya kebersihan juga perlu dititikberatkan terutamanya kedai yang beroperasi sepanjang hari. Banyak kali kita disajikan dengan berita tentang gerai, kedai mahupun restoran yang kotor dan jijik dibahagian dapur mereka.

Diharap peniaga-peniaga lebih menitikberatkan kebersihan kedai mereka agar orang ramai tidak perlu lagi risau untuk makan dikedai mereka selain akan membuatkan pengunjung akan terus makan di kedai mereka kelak.