Tersilap Buka Pintu Kereta Orang Lain. Aku jenis jarang simpan duit banyak dalam dompet bila simpan banyak duit dalam dompet macam-macam kita terbayang nak beli dan terlebih beli. Oleh itu aku amalkan konsep bila nak beli atau shopping baru goda mesin ATM.

Tersilap Buka Pintu Kereta Orang Lain

abgferozDisebabkan sikap aku dapatlah aku menabung banyak sikit daripada orang lain. Tapi masalahnya timbul bila ATM tiada berhampiran kita atau emergency case yang mana korang memerlukan duit dengan kadar segera, alhamdulillah lokasi rumah dan tempat kerja ada ATM dan pelbagai bank so ia bukan masalah bagi aku.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Cuti off kerja malam dompet makin lama makin nipis akibat kemalasan untuk keluar rumah. Bila cuti kerja malam memang malas nak keluar bila keluar ja terlupa pergi ATM dan lokasi yang dipergi tu takda ATM maka ayah atau adik akulah jadi mangsa pinjam duit sebelum pergi ke ATM berdekatan hehe.

Nak dijadikan cerita dompet dah habis nipis dah akhirnya pergi juga ke ATM berdekatan rumah dengan ayah tunggu dalam kereta bersebelahan ATM. Aku punyalah kusyuk kira duit yang baru diambil dari ATM dan melihat baki yang semakin ciput keluar dari bank dan menuju ke kereta. Terhenti dihadapan kereta tanpa melihat aku terus buka pintu beberapa kali tapi tidak boleh dibuka aku pun terus tengok kereta depan aku.

Punyalah malu bila tersilap buka pintu kereta elok kereta proton FLX terbuka pintu kancil hahaha jauh beno beza tersilap nasib baik takda orang dalam kereta tu bila toleh tengok orang dalam bank pakat tengok aku hahaha terus jalan laju menghala kereta yang parking depan sikit dari kancil tadi. Rasa macam nak lari ja taknak naik kereta disebabkan malu punya pasal tersilap buka pintu kereta nasib tak dituduh cuba curi kereta kalau tidak naya je hahaha.