Tersilap Send Aksi Gedik ke Wassap Pejabat

12
830
views
abgferoz

hari ni masuk kerja shift petang so tidur lama sikit lepas subuh tadi.. bila bangun tidur ja family suruh hantar gambar perhimpunan palestine di dataran merdeka kat group wassap family.. pejam celik pejam celik je hantar mengantuk punya pasal..

then family suruh hantar pula gambar waktu raya.. almaklum la dorang semua raya kat kampung aku sorang je terpaksa bekerja beraya di kuala lumpur.. so dorang nak tengok la gambar raya di kl.. aku pun apa lagi.. choose dalam 7 ke 8 gambar bergedik waktu hari raya seperti gambar di bawah

abgferoz

terus hantar ke group wassap dan sambung balik tidur.. family tanya mana gambar.. kata dah hantar.. aku pun dengan confident nya balas sudah hantar.. maybe lambat sikit kot..

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



tetiba ada wassap masuk.. aku pun tengok laa komen gambar wassap yang aku anta.. uihh kenapa member pejabat komen gambar wassap.. bila buka mata luas luas baru perasan gambar 7-8 keping yang gedik time raya ter hantar ke group wassap pejabat.. penat mintak maaf tetap kena bahan dalam group.. dah bertukar pink muke ni nak jawab.. kena bahan sakan..

so petang tadi masuk pejabat dalam kul 2 petang.. bila masuk je pintu dah kena bahan.. untung la gaya gwiyomi la.. gaya manja laa.. alololo.. adeshhh.. sampai pink la muke kena bahan dek sorang sorang.. siap ada yang cakap nasib x hantar gambar separuh bogel.. kalu tidak.. – aku terus sambung.. memang berhenti kerja terus hari ni… krik krik krik.. (naseb tak simpan gambar pelik pelik..)

hari ni kerja tak cakap banyak.. mengadap komputer je x pandang kiri kanan dah.. memang kena bahan je.. pusing kiri kena bahan pusing kanan kena bahan.. hampehh..

so kepada rakan-rakan.. sila berhati-hati bila hantar gambar ke wassap.. anda mungkin tersalah hantar.. dan pastikan gambar yang anda hantar adalah gambar yang dikehendaki.. jangan tersilap hantar.. kang malu x sudah woooo…


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


12 COMMENTS

  1. Adeehhhhhh, malu gile. pernah juga nk hantar dekat sepupu tapi hantar kat kwn. sebab nama dorang sama. mujur la bukan yg pelik-pelik. kalau tak naya diri sendiri ooooo

  2. Assalamualaikum abg feroz. wakakakkaa takleh belah kena bahan dengan dak ofis. mesti stress berhari-hari. hihiii sheila baru pagi tadi tersalah whatsapp kat kawan. tak perasan nama lebih kurang. acilah. hahahhaa

  3. hahahaha..moral of the story is…jangan balas sebarang msj atau wasap ketika anda sedang mengantuk…akan terjadi yang pelik2 seperti apa yang terjadi pada abg peroz..hehe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here