Tips Atasi Gastrik Di Bulan Ramadhan – Dr Zek

0
264
views

Tips Atasi Gastrik Di Bulan Ramadhan – Dr Zek @ Ahmad Zakimi Abdullah. Ramai pesakit datang ke Jabatan Kecemasan mengadu sakit bahagian hulu hati (epigastric) di bulan Ramadan. Rasa pedih, panas, sekok, bersendawa, loya dan muntah, dan ada kadang-kadang rasa panas naik ke bahagian tengah dada (heartburn).

Tips Atasi Gastrik Di Bulan Ramadhan – Dr Zek

Ahmad Zakimi Abdullah
Dr. Ahmad Zakimi Abdullah

Setelah diperiksa dengan teliti didapati pesakit ini mengalami dyspepsia. Dyspepsia adalah pencernaan terjejas. Biasa juga orang-orang kita panggil sakit gastrik. Ada beberapa sebab kena dyspepsia, antaranya; gastritis, peptic ulcer disease atau gastroesophageal reflux disease (GERD).

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Sering berlaku di bulan puasa sebab asid dirembeskan dalam keadaan perut kosong. Maka saya ingin beri sedikit tip-tip perlu diamalkan dan dielakan. Antaranya adalah:

1. Elakan makanan yang berasid contohnya makanan masam (limau, oren, tomato dan lain-lain), makanan diproses (tin) dan pedas.
2. Elakan minuman bergas dan berkafein (Kopi, tea dan lain-lain).
3. Elakan berbuka terlalu banyak.
4. Elakan tidur selepas berbuka atau bersahur.
5. Elakan makanan berminyak (bergoreng).
6. Elakan dari merokok.
7. Elakan dari stress.
8. Amalkan berbuka dengan jumlah yang sederhana dan percepatkan berbuka.
9. Amalkan minum air kosong dengan jumlah mencukupi.
10. Amalkan makan makanan kaya karbohidrat dan diet yang seimbang.
11. Lewatkan bersahur.
12. Jika sakit gastrik, perlu pemeriksaan doktor dan dapatkan rawatan. Jangan lupa makan ubat.

Semoga bermanfaat untuk semua.

kredit : Ahmad Zakimi Abdullah


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here