tips penjagaan kaki

tips penjagaan kaki

Tips Atasi Masalah Kaki Kering dan Merekah – Kulit kaki kering dan pecah yang tidak dirawat boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan kesakitan. Bagi wanita, ia memberi kesan yang tidak menyenangkan. Malahan, ia menandakan wanita tidak prihatin dalam menjaga kecantikan dan kebersihan kaki.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengandungi air yang memastikan kulit kaki sentiasa lebut dan cantik. Kekurangan air dilapisan ini boleh menyebabkan kaki menjadi kering. Rekahan kaki juga menunjukkan tahap dehidrasi kulit yang amat teruk.

Antara Tips bagi mengatasi masalah kaki merekah :

– Elakkan merendam kaki di dalam air panas kerana ia akan membuatkan kaki bertambah kering.
– Banyakkan minum air putih bagi mengekalkan cairan tubuh.
– Kurangkan mandi dengan air panas terlalu lama.
– Basahkan kaki dengan air biasa ketika mandi
– Kurangkan penggunaan sabun

Sumber : Majalah Pa & Ma Nov 2014

Antara yang MENARIK...