anak buah

anak buah

Tips atau Cara Membuat Bayi Berhenti Menangis – Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi atau kanak-kanak harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangai stress dengan bijak.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Tips atau Cara Membuat Bayi atau baby Berhenti Menangis
1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampin tidak basah).
2. Memastikan bayi tidak sakit (demam, bengkak gusi atau kembung perut).
3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan-lahan sambil mendukung bayi.
4. Menyanyi atau bercakap perlahan-lahan dengan bayi.
5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi.
6.Membawa bayi berjalan-jalan di dalam kerusi tolak.
7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan-jalan di dalam kereta.
8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenan dan perlahan-lahan.
9. Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10. Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika.
11. Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi selepas 5 minit.
12. Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis.

BACA SINI BAHAYA MENGGONCANG BAYI

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia