Tips Cara Elak Wanita Mudah Jatuh Cinta

1
511
views

Tips Cara Elak Wanita Mudah Jatuh Cinta. Setiap orang yang bercinta pasti pernah mengalami kegagalan dalam bercinta dan sangat sukar untuk melupakan bekas kekasih/pasangan. Ada juga yang melupakan pasangan dengan cara mencari pengganti untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan dan ia merupakan salah satu cara yang tidak berapa baik.

Tips Cara Elak Wanita Mudah Jatuh Cinta

jatuh cintaTidak salah sekiranya ingin bercinta tapi anda perlukan ruang dan masa untuk memperbaiki diri dan tidak terlalu terdesak sehingga tersilap pilih seterusnya menambahkan stress kepada diri sendiri. Disini saya kongsikan sedikit sebanyak Tips Cara Elak Wanita Mudah Jatuh Cinta.

  1. Sibukkan Diri – Isi masa lapang anda bersama rakan dan keluarga. Tambah aktiviti harian anda seperti bersukan, menjahit, mendaki, aktiviti lasak yang selama hari ini anda tidak sempat untuk buat dan belajar sesuatu yang baru agar anda tidak terlalu memikirkan tentang kesunyian atau pasangan.

2. Ambil Masa Rehat – daripada sibuk mencari pengganti apa kata anda ambil masa untuk berehat seketika kenali diri sendiri dan jadi diri sendiri. Perbaiki diri anda dan cuba selami kesilapan lalu samada dari pihak anda mahupun dia agar perkara sama tidak berulang.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



3. Betulkan Niat – Perbetulkan niat kita terlebih dahulu apa sebab kita ingin berpasangan. Adakah hanya untuk mengisi kekosongan ataupun kita ingin mendirikan rumahtangga. Sekiranya ingin mendirikan rumahtangga pastikan anda ambil masa bertenang agar tidak tersilap pilih.

4. Jangan Mudah Cair – Tunjukkan kepada orang diluar sana anda seorang yang ‘MAHAL’ dan sukar untuk diperolehi. Anda seorang yang sangat berbaloi untuk dijadikan pasangan tapi jangan terlalu mahal takut nanti sampai ke tua tiada yang mampu nak perolehi anda.

5. Jadi Bijak – Pastikan anda bijak dalam perhubungan anda tahu tektik dan ayat yang seringkali digunakan oleh mereka yang berniat untuk menggoda dan tidak mudah untuk jatuh cinta. Pastikan anda pandai memilih yang benar-benar inginkan anda sebagai pasangan dan bukannya sekadar mengisi masa lapang.

anda juga boleh baca artikel dibawah untuk lebih maklumat :

10 Sebab Kenapa Pilih Pasangan Berusia

5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama

Tanda-tanda Lelaki Sudah Jatuh Cinta


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here