Tips Cara Halang Kucing Kencing dan Berak di Kawasan Rumah

0
466
views

Tips Cara Halang Kucing Kencing dan Berak di Kawasan Rumah. Pasti ramai yang mempunyai masalah kucing jiran suka datang kencing dan berak. Disini saya kongsikan Tips dan Cara yang mampu menghalang kucing dari kencing dan berak di kawasan rumah anda.

Tips Cara Halang Kucing Kencing dan Berak di Kawasan Rumah

masalah kucing berak merataTips ini telah dikongsikan oleh pengguna facebook Osman Affan yang mendapat lebih daripada 1000 share dalam beberapa jam. Diharap dengan adanya tips ini membantu anda untuk tidak lagi membersihkan halaman rumah anda setiap masa.

Kepada jiran yang membela kucing pastikan kucing anda tidak memberikan dosa kepada anda kerana telah menyusahkan jiran tetangga. Sekiranya bela haiwan peliharaan jaga seeloknya jangan sampai bergaduh jiran tetangga disebabkan kucing.

kucing berakMasalah Kucing Kencing dan Berak di Kawasan Rumah

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Sejak 7 tahun lepas, saya & Puan Isteri hadapi masalah bau najis kucing setiap pagi, malah sepanjang hari. Entah kenapa kucing2 liar suka benor melepaskan hajatnya di kawasan yang saya tandakan merah tu.

Sudah banyak petua kami cuba. Siram minyak gas, curah klorox, beli gel khas daripada kedai kucing, sembur febreez, tabur garam, sumpit kucing….. macam2 caralah…! 😅
Sayang, tidak menjadi. Entah macam mana, minggu lepas, terjumpa benda alah ni kat Daiso Aeon. Cuba beli dan letakkan dekat lokasi biasa tu.

Pelik tapi Alhamdulillah, sudah 4 hari, langsung tidak ada kucing yang berani melepaskan hajat mereka di lokasi-lokasi tu.

Bahan tu pun nampak masih kekal utuh walaupun sudah 4 hari berpanas berhujan. Katanya boleh tahan lebih sebulan.
Harga sepaket pula cuma lebih kurang RM6.
Hihi… macam ejen penjual produk Daiso pulak rasanya. Tapi kalau ada mana2 sahabat yang hadapi masalah macam saya dan belum jumpa solusinya, mungkin boleh cuba. 😊

kredit : Osman Affan


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here