Tips Dan Nasihat Untuk Bakal Pengantin Di Hari Perkahwinan

0
27
views

Tips Dan Nasihat Untuk Bakal Pengantin Di Hari Perkahwinan. Pada musim cuti sekolah ini, akan banyaklah jemputan kenduri kendara diterima. Saya mendoakan semua sahabat dan kerabat yang akan berkahwin, diberkati Allah sehingga ke akhirat.

Tips Dan Nasihat Untuk Bakal Pengantin Di Hari Perkahwinan

cincin kahwin
kredit : http://ceriteracintabalqis.blogspot.com

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyampaikan beberapa nasihat kepada tuan rumah, bakal pengantin dan jurugambar :

1. Pengantin hendaklah menyantuni semua tetamu yang datang ke kenduri mereka. Senyum dan mohon mereka terutama orang-orang soleh mendoakan kesejahteraan. Jangan sibukkan perhatian kamu dengan jurukamera, rakan-rakan kerja yang mahu berselfie sahaja.

2. Kepada jurugambar, jangan minta pengantin berbuat gaya-gaya lakon yg keterlaluan di atas pelamin atau di meja makanan beradap. Kena belajar jaga perasaan ibu bapa pengantin di sebelah, terpaksa menunggu lakonan manja selesai. Kadang-kadang jurugambar menjarakkan hubungan tetamu dengan pengantin yang menghabiskan masa utk ditangkap gambar.

3. Lagi satu, pastikan jurugambar merakamkan gambar semua pihak yg terlibat menjayakan kenduri kalian. Entah kalian tahu atau tidak bahawa ramai orang bersengkang mata atau pecah keringat berbulan sebelum itu utk kenduri kalian. Gambar-gambar mereka inilah bakal menjadi kenangan terindah utk tatapan satu hari nanti. Ia bukanlah suatu yg boleh diulang semula. Adapun gambar kamu pengantin berdua, boleh lakon semula di studio.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

4. Saya perhatikan pengantin zaman sekarang kurang menyantuni tetamu yg datang. Malah mereka tidak peduli pun saudara mara dan kaum kerabat jauh yg datang. Sebelah petang pula, pengantin “lesap” pergi ke tengah sawah, padang bola, pantai utk berfoto lebih sweet. Ini perlu ditegur kerana selagi tetamu masih berkunjung, amat tidak manis, pengantin hilang dari tempat kenduri.

5. Wahai pengantin, kamu adalah tuan rumah yang mesti memuliakan tetamu. Rasul berpesan agar kita memuliakan tetamu. Jangan sibuk dengan juru foto. Selepas kenduri, bawalah juru foto ke mana kalian mahu bergambar.

6. Kepada bapa pengantin, arahkan DJ perlahankan muzik dan lagu supaya tetamu dapat bersembang dgn tenang. Bukan mudah utk bertemu sekali sekala. Lagu yg dipasang atau dinyanyikan itu mohon ambil kira pak imam, tuan guru, dan alim ulama yg hadir. Perlahankan lagu. Tetamu mahu bersilaturrahmi bukan mahu mendengar bising muzik yg keterlaluan.

7. Oh ya, sebelum terlupa.. Kepada pengantin semua, pada hari perkahwinan kalian, berusahalah untuk mendapatkan doa dan nasihat daripada mereka yang hadir. Itu target yg lebih penting. Maka nasihat saya, jangan rosakkan keberkatan perkahwinan kalian dengan jurugambar dan rakan sekerja sahaja. Pastikan jiwa kalian wujud bersama tetamu yang hadir kerana belum tentu mereka akan bertemu lagi selepas itu.

Selebihnya, netizen tambah lah sendiri apa yang ingin dinasihati…..

Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebaikan!

kredit : Hapiz Kodiang


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here