Tips dan Pakej Bercuti Pulau Langkawi

0
14
views

Tips dan Pakej Bercuti Pulau Langkawi. Pasti ramai yang tercari-cari tempat menarik serta pakej di Pulau Langkawi yang disediakan apabila musim cuti sekolah. Tapi pastikan anda mengambil kira waktu dan cuaca terutamanya hujung tahun yang mana kita tahu musim tengkujuh iaitu musim hujan.

Tips dan Pakej Bercuti Pulau Langkawi

Nu Melati Langkawi
Nu Melati Hotel Langkawi

Pasti banyak aktiviti yang dirancang akan terbantut apabila hujan turun terutamanya hujan lebat. Oleh itu rancang perjalanan anda di awal dan tengah tahun. Elakkan perancangan di akhir tahun kalau boleh. Sekiranya tidak rancang aktiviti apabila tiba dilokasi mengikut keadaan cuaca.

Bagi mereka yang pertama kali ingin ke Pulau Langkawi korang boleh search di facebook atau di google pakej yang ada di Pulau Langkawi dan bandingkan. Untuk PENJIMATAN (sekiranya kekurangan bajet) korang boleh booking hotel, rumah sewa, motel yg berada di Kuah (lebih murah) lokasi shopping tapi sekiranya korang suka ke pantai better pilih penginapan di pantai chenang yang menjadi tarikan pelancong untuk melepak.

Sekiranya korang inginkan santai takperlu untuk pilih pakej sebaliknya korang boleh rancang sendiri dan pilih sendiri aktiviti yang korang ingin dan wajib buat sekiranya sampai langkawi so takdalah korang terkejar kejar dengan pakej yang telah dibeli. TAPI korang perlu listkan dahulu takut terlupa atau tertinggal aktiviti yang menarik.

Antara Aktiviti dan Lokasi Wajib Singgah di Langkawi

Untuk lokasi shopping di kuah banyak kedai yang menjual coklat dan barangan dapur sekitar kuah tapi yang paling femes adalah Haji Ismail Group mall. Boleh rambang mata kalau masuk tak niat awai2 silap silap habis gaji borong coklat hahaha. Untuk mereka yang mencari ubat gamat korang boleh singgah di Nusantara Gamat Langkawi pelbagai jenis ubat gamat dan produk tempatan ada dijual disini.

HIG MALL Haji Ismail Group
kredit : http://mohdzarin.com

Sekiranya singgah di Langkawi antara lokasi wajib singgah adalah Skycab. Kereta kabel antara yang terpanjang dan menghadap laut. Untuk mengelakkan beratur panjang terutamanya cuti sekolah korang boleh datang awal pagi ternyata tak ramai yang bangun pagi hahaha. Anda juga patot cuba Skybridge yang terdapat diatas skycab dimana anda boleh lihat pulau dan lautan luas sangat menarik dan berbaloi untuk dicuba.Untuk waktu operasi, aktiviti dan lokasi korang boleh layari website skycab http://www.panoramalangkawi.com/

SkyBridge
SkyCab + SkyBridge

Bila dah turun bawah jangan lupa singgah 3D Art Langkawi antara yang menjadi tarikan di skycab terutamanya untuk kaki posing dan kaki gambar confirm penuh memori hp anda.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

3D Art Langkawi
3D Art Langkawi
3D Art Pulau Langkawi
3D Art Pulau Langkawi

Ini antara gambar yang diambil di 3D Art kalau nak upload semua gambar takut korang boring pulak tengok muka gedik aku hahaha. Di setiap lokasi gambar ada sticker lokasi untuk mengambil gambar untuk view yang menarik pastikan korang duduk di sticker untuk full view. Tapi time cuti sekolah pasti ramai orang so gilir2 lah untuk ambik gambar.

Dah pergi Langkawi jangan lupa singgah pantai cenang, pantai paling pemes di langkawi. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini antaranya mandi pantai, parasailing, jetski, banana boat, shopping sepanjang pantai, island hoping dan yang paling pemes aktiviti cuci mata hahaha.

pantai chenang langkawi
pantai cenang langkawi

Sebelum balik jangan lupa singgah di Dataran Langkawi lokasi paling WAJIB singgah terletak berhampiran jetty pulau langkawi lokasi yang mana terletaknya HELANG besar yang menjadi tarikan dan simbol kepada Pulau Langkawi.

dataran langkawi
dataran langkawi

Sebenarnya banyak lagi aktiviti di pulau langkawi yang tak dapat kami terokai disebabkan kekangan masa dan cuaca. Oleh itu sekiranya korang nak teroka langkawi 3 hari 2 malam tak cukup beb atleast 5 hari baru puas nak pusing satu langkawi. Apa-apa pun enjoy dan nikmati percutian korang barulah semuanya berbaloi.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here