Tips dan Panduan Temuduga Penjawat Awam SPA

0
852
views

Tips dan Panduan Temuduga Penjawat Awam SPA. Tahniah diucapkan bagi mereka yang terpilih bagi temuduga penjawat awam SPA. Disini ada sedikit tips dan panduan bagi anda yang akan ditemuduga sebagai penjawat awam SPA yang mana kesilapan awal dilakukan oleh calon-calon yang bakal ditemuduga.

Tips dan Panduan Temuduga Penjawat Awam SPApakaian temuduga penjawat awam spa

Tips Semasa hadir temu duga :

1. Anda dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:
– Kad Pengenalan;
– Sijil Kelahiran;
– Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
– Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V);
– Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
– Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian;
– Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
– Sijil-sijil lain yang ada kaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
– Sijil kegiatan luar (Asal Sahaja);
– Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
– Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi, Laporan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Ketua Jabatan (bagi calon memohon melalui Internet) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.
2. Anda dikehendaki membawa “resume” bergambar yang ringkas dan padat.
3. Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan.
4. Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

Etika Pakaian Semasa Temuduga

Cara berpakaian untuk lelaki :
• Pastikan rambut anda pendek, disikat kemas
• memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher.
• Berkasut gelap dan memakai stoking
• Pastikan anda memakai baju lengan panjang
• Memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut
• Pastikan anda memakai tali leher yang sesuai dengan baju.
• Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan bergosok.
• Pastikan seluar slack berwarna gelap.
• Elakkan baju berwarna gelap.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔




Koleksi Cerita Lawak
Info Kerja Kosong Kerajaan

Pemakaian yang tidak dibenarkan semasa menghadiri temuduga :

• Memakai kasut sukan yang berbelang dan berwarna-warni.
• Seluar Jeans dan Baju T-Shirt tidak dibenarkan sama sekali
• Tidak digalakkan memakai baju kemeja lengan pendek

kredit : SPA/Facebook SPA

Pengajaran untuk SEMUA Pembaca. Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan (…) Sektor Kerajaan.

Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam Orang kampung Gitu. Hehe

Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M.

Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!

“Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak”.

Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi!

Antara kesalahan yang saya REKODKAN!

LELAKI

1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi
2. Terlupa bawa Tie
3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee
4. Seluar Slack+Kasut Futsal
5. Rambut Tak Kemas
6. Tak Pakai Stokin
7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK
8. Susunan Sijil yang salah
9. Tali pinggang tak pakai
10. Jam Getah

PEREMPUAN

1. Kaca Mata Honeymoon
2. Tudung singkat
3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga
4. Tumit kasut tinggi sangat. hehe
5. Baju Kurung pergi kenduri
6. Mekap Tebal
7. Susunan sijil salah

Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?

Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR?
Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? “Mustahil”
Adakah mereka buat tak endah semasa diuniversiti?
Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?

Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon…

Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya “First Impression” anda sudah menang.

Saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon TEMUDUGA 2018

kredit : Muhammad Al Fatihee

Anda juga boleh baca artikel tentang Tips Bagi Menghadapi Peperiksaan Online SPA

 


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here