kartun

Tips Mengurangkan Pengambilan Lemak – Lemak membekalkan tenaga dan membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K. Walau bagaimanapun, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan. Lemak terbahagi kepada 2 Jenis iaitu Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu.

Lemak Tepu – Sejenis lemak yang akan menjadi beku dan keras dalam suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah. cth : daging berlemak, kulit ayam, santan, keju, krim, minyak sapi dan aiskrim.




BACA KISAH BENAR ISTERI CURANG
MISTERI PENGALAMAN PEMANDU VAN JENAZAH

Lemak Tak Tepu – Sejenis lemak yang lembut dan cair pada suhu yang rendah. Lemak ini tidak akan meningkatkan kandungan kolestrol dalam darah. 2 Jenis lemak tak tepu adalah Lemak Mono Tak Tepu dan Lemak Poli Tak Tepu.

Kesan Lemak Terhadap Kesihatan
Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh menyebabkan :
– Berlebihan berat badan.
– Meningkatkan paras kolestrol dalam darah.
– Meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa penyakit kanser

Tips Mengurangkan Pengambilan Lemak
– Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergoreng.
– Guna minyak masak dalam kuantitit yang sedikit dalam masakan. Pilihlah minyak yang berasaskan sayur-sayuran.
– Kurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu rendah lemak.
– Pilih bahagian daging atau ayam tanpa lemak dan buang lemak yang ada sebelum memasak.
– Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, mayonis dan krim.
– Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti membakar, merebus, mengukus atau memanggang daripada menggoreng.
– Serap minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia