Tips Penjagaan dan Perawatan Kaki di Rumah 1

tips penjagaan kaki

tips penjagaan kaki

Tips Penjagaan dan Perawatan Kaki di Rumah - majoriti wanita begitu peka merawat wajah namun tidak ramai mengambil berat penjagaan kaki. Akibat pengabaian ini, ramai wanita mengalami masalah kaki berkematu, kulit kasar dan tumit pecah.

Selain sikap sambil lewa, mungkin juga wanita kekurangan bajet melakukan perawatan spa kaki. memahami kekangan kewangan anda, kami kongsikan tips penjagaan dan perawatan kaki yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.

Langkah Rawatan

1. Cuci kaki menggunakan pencuci khas, pastikan anda mencuci celah jari dengan sempurna agar kotoran dan bau kaki hilang. kemudian rendamkan kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan minyak aromaterapi selama 10 hingga 15minit.

2. Kemudian, gunakan skrub untuk menggosok kaki, skrub dapat menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit kaki lebih halus.

3. Sapukan masker khas pada bahagian kaki, biarkan ia kering lebih kurang 10 minit.

4. Selepas itu, lap kaki sehingga kering dengan menggunakan tuala lembut.

5. Kemudian, sapukan losen kaki agar kulit bahagian ini lembap dan lembut.

6. Bagi anda yang memakai kasut bertutup, sapukan bedak khas ani bakteria pada kaki untuk membuatkan kulit kaki kering. Bedak ini juga dapat menghilangkan bau kurang enak.

7. Ketika tidur malam, anda boleh juga menyarungkan stoking khas yang dapat meredakan tekanan pada bahagian kaki dan membantu melancarkan perjalanan darah.

Tips merehatkan kaki.

- Rendam kaki selama 15 – 30 minit dalam air suam yang dicampurkan dengan garam bukit, garam laut mati atau garam kasar. Air rendaman ini akan membuatkan anda lebih relaks dan membuang toksin serta menghilangkan bau kaki.

- Apabila hendak tidur, lapik kaki dengan bantal peluk. Posisi ini membuatkan kaki dapat berehat dan melancarkan peredaran darah.

Skrub Sengkuang Haluskan Kulit.

Bahan :
1/2 biji ubi sengkuang – diparut
Sedikit Oat
Sedikit yogurt asli

Cara membuat :
– gaulkan semua bahan sehingga sebati, gosok pada bahagian kaki seminggu sekali.
– Hasilnya bukan sahaja kaki berbau harum malah ia juga membuatkan kulit lebih halus, lembap dan cerah.

Sumber : Mingguan Wanita 20-26/Dis/13



Incoming search terms:

  • penjagaan kaki
  • cara penjagaan kaki
  • tips penjagaan kaki
  • petua penjagaan kaki
  • penjagaan kaki di rumah
  • tip penjagaan kaki
  • cara jaga kaki
  • cara menjaga kaki
  • spa kaki di rumah
  • cara buat air rendaman kaki
  • cara spa kaki di rumah
  • petua jaga kaki
  • rendam kaki dengan garam kasar
  • cara cuci kaki
  • petua menjaga kaki