suruhanjaya perkhidmatan awam SPA

suruhanjaya perkhidmatan awam SPA

Tips Program Assessment Centre (PAC) – alhamdulillah saya baru sahaja selesai menghadiri Program Assessment Centre (PAC) untuk jawatan Penjawat awam ternyata tidak mudah dan tidak susah seperti yang dikatakan. Oleh itu saya ingin kongsikan sedikit sebanyak Tips Program Assessment Centre (PAC) yang saya perolehi bagi membantu mereka yang bakal menghadiri ujian fizikal PAC.

sebenarnya saya tidak pasti adakah semua ujian Program Assessment Centre (PAC) yang dijalankan sama untuk jawatan yang berbeza kerana ada rakan-rakan yang beritahu mereka baca di blog-blog lain ternyata ujian yang dijalankan berbeza dari PAC yang mereka hadiri hari ini. Mungkin juga ujian PAC berbeza bagi setiap jawatan yang ditawarkan.

ada juga terbaca blog sebelum menulis entry ini yang mana mereka kena berlari sejauh 2.4 km dalam masa yang ditetapkan dan tekan tubi sebanyak beberapa kali dalam masa seminit tapi berbeza dengan ujian yang telah saya buat pada hari ini.

Sini ada sedikit tips Program Assessment Centre (PAC) yang saya hadiri tadi. Ada beberapa ujian dijalankan dan setiap ujian diberikan markah dan markah keseluruhan akan diambil bagi mengetahui siapa yang layak.




BACA LEBIH 200+ KOLEKSI CERITA/GAMBAR LAWAK

BMI TestBMI akan diambil bagi mengetahui keadaan badan seseorang peserta dan markah diberikan mengikut paras normal dan obesiti oleh itu tinggi dan berat anda perlulah ideal untuk mendapatkan markah penuh.

Genggaman Tangan – anda akan diberikan sejenis alat untuk mengukur kekuatan gengaman tangan anda. Pastikan anda sesuaikan dengan tangan anda ambil masa kerana anda diberikan 2 kali percubaan.

Kelenturan Badan – Seperti senaman yang anda biasa buat duduk kaki lurus ke depan dan sentuh ibu jari kaki anda.. tapi kali ini ada alat disediakan di tapak kaki anda dan anda perlu menolak alat tersebut sejauh yang mungkin bagi mengetahui jarak kelenturan badan anda. Cuba buat regangan badan dahulu dan tarik nafas ketika mahu menolak alat tersebut.

Sit Ups – Tidak sama seperti sit ups yang biasa kita lihat. Hanya naikkan suku badan dan tangan memainkan peranan penting ada jarak disediakan dan tangan anda perlu melepasi jarak yang ditetapkan dan baru dikira. Anda diberikan masa 1 minit dan cuba buat sebanyak yang mungkin. Tipsnya pastikan anda dalam keadaan selesa dan jarak punggung anda dengan garis yang disediakan rapat kerana anda tidak perlu untuk tolak dalam jarak yang jauh. Pastikan kaki dan tangan anda tidak terangkat atau sit ups tadi tidak dikira.

Beep Test – Tidak seperti ujian larian 2.4 km yang selalu kita buat. Beep test menguji ketahanan jantung kita dan kita perlu lari tanpa berhenti dalam jarak 20 m ulang alik mengikut beep yang dibunyikan anda akan diberikan amaran sekiranya lambat dari beep dan amaran kedua bermakna ujian anda ditamatkan. Beep test mempunyai level setiap level kelajuan akan bertambah. Anda perlu berlari semampu boleh untuk mendapatkan level yang paling tinggi.

Ini sahaja sedikit sebanyak Tips Program Assessment Centre (PAC) yang mampu saya kongsikan dengan anda semua semoga anda berjaya dalam ujian PAC anda.

Antara yang MENARIK...