Tukang Gunting Rambut Warga Pakistan Positif Covid19

0
294
views

Tukang Gunting Rambut Warga Pakistan Positif Covid19. Pejabat Kesihatan Titiwangsa telah menerima satu notifikasi COVID-19 dari sebuah Hospital swasta pada 11 Jun 2020. Kes merupakan seorang lelaki warganegara Pakistan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di salah sebuah kedai gunting rambut di Kuala Lumpur.

Tukang Gunting Rambut Warga Pakistan Positif Covid19

gunting rambut
gambar hiasan kredit : www.newindianexpress.com

Hasil siasatan awal, kedai gunting rambut tersebut tidak beroperasi sejak bermulanya fasa PKP yang pertama iaitu pada 18 Mac 2020. Namun, beliau telah terus memberi khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah atas permintaan klien di kawasan sekitar. Terdapat seramai 25 kontak rapat yang dikenal pasti setakat ini melalui rekod panggilan telefon iaitu 4 orang rakan serumah dan 21 orang klien.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Kedai gunting rambut di tersebut mula beroperasi pada 10 Jun 2020 dan majikan telah membawa beliau menjalani saringan COVID19. Terdapat seramai 15 orang kontak rapat yang telah mendapatkan khidmat menggunting rambut daripada beliau sehingga 11 Jun 2020.

Dengan itu, jumlah kontak rapat yang telah dikenalpasti adalah seramai 40 orang. Mereka ini telah disaring dan diarah untuk kuarantin di rumah.

Warganegara Pakistan ini telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun 2020. Punca jangkitan belum dikenalpasti dan siasatan masih diteruskan.

kredit : FB KKM


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here