Ulang Tahun Kelahiran Anak Buah. Tadi singgah di majlis ulang tahun kelahiran anak buah sulung yang ke 2 tahun. Sebelum itu kitaorang planning untuk mencari hadiah basikal untuk anak buah. Pergi ke beberapa kedai basikal ternyata harga basikal tidak sama seperti dahulu bahkan sudah naik 2 or 3 kali ganda.

anak buah

anak buah

Seterusnya planning pergi ke chowkit dimana lokasi untuk borong permainan kanak-kanak harapannya adalah kedai basikal yang menjual basikal yang menarik dengan harga yang berpatutan tapi alangkah kecewa bila perjalanan untuk ke chowkit sesak sepanjang jalan bermula dari jalan tun razak sehingga ke Hospital Kuala Lumpur.




Koleksi Cerita Lawak
Koleksi Artikel Tips dan Info Cinta

Tak sampai 1 KM perjalanan dah mengambil masa hampir setengah jam alih-alih kitaorang buat keputusan untuk pulang ke rumah sebabnya orang yang nak sambut birthday bersama kitaorang nanti orang datang rumah birthday boy takda dirumah. Dalam perjalanan pulang nampak kedai satay terus teringat anak buah suka satay maka kitaorang berhenti seketika untuk order satay.

Walaupun tak jumpa hadiah yang dikehendaki dapat beli makanan kegemaran anak buah pun dah mencukupi seronok bila tengok dia duk makan satay tak henti-henti siap menjerit satay satay satay.

Hadiah Basikal ? tunggu jelah bila ada masa ada jodoh dengan basikal nanti adalah hadiah tu.. kalu tidak tunggu ulang tahun kelahiran akan datang bila pak ngah dia dah kaya boleh hadiah banglo terus.. kih kih kih.. aminn.