i-Umrah Semak Status Agensi Pengelola Umrah

0
1907
views

i-Umrah Semak Status Agensi Pengelola Umrah. i – Umrah ialah sebuah portal yang dibangunkan khas bagi menyalurkan maklumat mengenai agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai rujukan dan panduan kepada bakal-bakal jemaah umrah negara ini. Secara dasarnya, portal ini menyediakan maklumat-maklumat seperti berikut:

i-Umrah Semak Status Agensi Pengelola Umrah

i-umrahi-Umrah menyediakan Senarai agensi pengelola umrah yang sah bagi menguruskan perjalanan jemaah umrah Malaysia; dan Butiran mengenai syarikat pengelola umrah seperti nama syarikat, nombor telefon dan faks.

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



i-Umrah diharapkan dapat mencapai objektifnya untuk bertindak sebagai medium bagi menghebahkan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam di negara ini dalam memilih agensi pengelola umrah yang tepat bagi mengelolakan perjalanan umrah mereka.

Peranan portal ini amat penting supaya masyarakat Islam di negara ini tidak lagi menjadi mangsa penipuan pihak-pihak tidak bertanggungjawab di samping menjadi pemangkin ke arah penyampaian perkhidmatan pengelolaan umrah yang berkualiti.

Layari Laman Sesawang i-Umrah


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here