Untungnya Berdoa Secara Rahsia

2
325
views
Berdoa

Tarikh: 

 Sep 12, 2011

Riwayat: 

 Abu ad-Darda’ r.a

Kategori: 

 Akidah

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: “Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.”
Huraian Hadith: 
✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



Pengajaran hadith:
i) Doa dari seorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain dengan harapan semoga ia beroleh kebaikan atau terselamat dari bala bencana adalah dituntut oleh syarak sama ada setahu orang yang didoakan itu atau tidak.
ii) Sesungguhnya setiap kebaikan (doa) yang dipohon itu akan turut diaminkan oleh malaikat dalam erti kata agar doa itu dikabulkan oleh Allah S.W.T bahkan orang yang berdoa itu sendiri akan beroleh kebaikan yang sama sebagai menghargai keikhlasan hatinya mendoakan saudaranya itu.
heee.. ok tak gambar kat atas ? tuhlah hasil kerja den…
hik hik hik..
baru nak try2 letak text info hadis dan mcam2 info 
dalam gambar bagi menarik minat 
remaja dan belia untuk membaca text berkenaan..
kalu ada pendapat yang lebih baik meh la share…
untuk kemaskini baikpulih agar lebih ramai yang membaca…

Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih


2 COMMENTS

Comments are closed.