Vaksin Percuma Dan Perdana Menteri Antara Terawal Penerima Vaksin

0
174
views

Vaksin Percuma Dan Perdana Menteri Antara Terawal Penerima Vaksin. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.

Vaksin Percuma Dan Perdana Menteri Antara Terawal Penerima Vaksin

muhyiddin yassin

Ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.
Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin daripada Pfizer akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasaran seawal Februari 2021.


✔ SUPPORT KAMI !! LIKE PAGE KAMI ✔



Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin itu dalam kalangan penerima.

Perdana Menteri baharu sahaja mengumumkan perkembangan semasa berkaitan pembekalan vaksin COVID-19 untuk Malaysia. Malaysia telah menandatangani perjanjian bersama COVAX, Pfizer dan Astra Zeneca dan akan memuktamadkan tiga lagi perjanjian bersama Sinovac, Cansino dan Gamaleya.

Setakat ini, kesemua perjanjian ini akan memberikan Malaysia akses vaksin COVID-19 bagi 83% populasi negara atau 26.5 juta orang dengan kos sebanyak RM2.05 bilion.

vaksin percuma covid19

Kredit : Bernama / Khairy Jamaluddin


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here