VIRAL Cara Buat Resepi Aiskrim Kacang Merah Homemade

0
226
views

VIRAL Cara Buat Resepi Aiskrim Kacang Merah Homemade. Musim panas yang melanda Malaysia sehingga hujung bulan mac ni sedap sekiranya dapat makan benda-benda sejuk seperti aiskrim Malaysia lagi lagi aiskrim kacang merah. Teringat waktu sekolah dulu makan aiskrim malaysia.

VIRAL Cara Buat Resepi Aiskrim Kacang Merah Homemade

aiskrim kacang merah
aiskrim kacang merah

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak bolehlah dijadikan aktiviti hujung minggu bersama-sama membuat aiskrim kacang merah diwaktu pagi dan petangnya dah boleh makan beramai-ramai.

Bukannya anak-anak bahkan orang tua juga pasti menggemarinya. Selamat mencuba

Resepi Aiskrim Kacang Merah

A.
2 liter air
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
Gula – jika perlu (saya tak letak)
2 tin kacang merah – cuci
Pewarna merah
Daun pandan – disimpul
Sedikit garam

B.
2½ sudu besar tepung ubi
2½ sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum

✔ LIKE US FOR UPDATES ✔



– Kisar kasar 1 tin kacang merah dengan sedikit air yang sudah disukat. Satukan dengan bahan A yang lain
– Manakala 1 tin kacang merah lagi dimasukkan dalam plastik aiskrim. Setiap satu plastik masukkan 7-8 biji kacang. Dalam plastik,tekan sedikit kacang supaya sedikit penyek
– Bancuh bahan B menggunakan sedikit air dari bahan A. Larutkan
– Satukan bahan A dan B dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel. Sejukkan
– Masukkan dalam plastik yang sudah berisi kacang merah tadi. Biarkan beku dalam peti ais semalaman

Tips :
– Susu cair boleh digantikan dengan santan pekat anggaran 500-600gm
– Kalau tak mahu guna susu pekat,gantikan dengan gula pasir

Resepi dikongsikan oleh Puan : ‎Siti Zanariah Khalit‎ 

aiskrim kacang merah

Anda juga boleh melihat resepi-resepi masakan lain.


Untuk Lebih Banyak Maklumat Support Kami Dengan Klik ✔ Like Dibawah. Terima Kasih






LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here