virus sms

virus sms

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengeluarkan amaran SMS berbentuk malware dengan mesej “is this your photo ?” bersama pautan URL/Link yang meragukan sedang tersebar luas melalui rangkaian telefon bimbit.




BACA LEBIH 200+ KOLEKSI CERITA/GAMBAR LAWAK

Apabila url tersebut diklik, sebuah perisian PhotoViewer.apk akan dimuat turun. Setelah perisian Photo Grid tersebut dipasang, aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu.

Malware berkenaan juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan anda berdasarkan maklumat yang disimpan pada peranti dan kad SIM. SMS sebegitu berkemungkinan akan dimajukan oleh salah seorang kenalan anda yang sebelum ini telah dijangkiti malware tersebut. SMS berkenaan juga akan menyebut nama anda (penerima) untuk memberi kredibiliti kepada sms tersebut.

Sekiranya anda menerima sms seperti ini, anda dinasihatkan untuk tidak klik pada pautan dan memadamkan mesej tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Antara yang MENARIK...